Monday, August 17, 2009

Riding at Padang Pan, Bau (16.08.2009)

Pada hari Ahad yang lepas 16.08.2009, saya telah mengikuti member-member MTB yang lain untuk riding ke Padang Pan di daerah Bau. Area Padang Pan ini menguunakan laluan jalan raya yang sama untuk pegi ke Serikin. Pada mulanya ramai yang bercadang untuk join kami tapi pada saat-saat akhir juga ramai yang terpaksa menarik diri atas sebab2 komitmen lain. Itulah lumrahnya... Walaupun demikian, rancangan kami ini tetap 'ON' saja. Member yang terlibat dalam riding kali ini kami hanya ber5, Kasim, Harris, Ah Beng, Leslie & saya sendiri.
Hari tampak baik sekali sebab baru saja habis hujan. Mendung, itulah istilah yang sesuai untuknya. Selesai sahaja semua bersiap, riding kami bermula pada tepat jam 2:30pm.
Dari mula sudah dapat saya membuat tekaan bahwa riding kali ini lebih kepada mendaki bukit yang agak tinggi serta mencabar. Riding kat sini memang best sebab banyak laluan bukit yang terpaksa diredah serta melalui laluan anak-anak sungai... Setelah riding lebih kurang 2km, kami pun mencecah kaki bukit, semua kami terpaksa menyorong basikal kami untuk naik ke atas bukit kerna laluannya terlalu sukar untuk membuat kayuhan yg dihalangi semak samun tebal, dalam jarak 500 meter ada jauhnya. Tiba di atas kami mula lagi mengayuh kerna banyak lagi laluan tinggi/uphill yang perlu didaki & dijelajahi. Dari atas puncak bukit kelihatan pemandangan yang cantik sekali...Andainya cuaca yang baik & cerah, area MJC kat batu kawa pun dapat dilihat dari jauh. Bayangkan tingginya bukit tersebut... Downhill, inilah saat-saat yang paling saya nantikan kerna tidak sabar rasanya hendak menuruni bukit tersebut selaju yang mungkin. Laluan trek yang agak merbahaya dan perlukan pengawalan basikal yg berhati-hati kerna permukaan jalan tanah merah yang berlubang serta berbatu. Sebelum downhill, saya disarankan untuk memancitkan sedikit angin tayar saya, lebih-lebih lagi tayar dibahagian blakang untuk memberikan cengkaman yg lebih ideal tika downhill nanti. Maklumlah, saya orang baru dan lebih bersikap amatur. Kami juga sempat berlumba-lumba untuk turun...Memang seronok kejar-mengejar sesama sendiri... Inilah merupakan downhill terpanjang yg pernah saya sendiri lalui selama ini. Dalam downhill ini, kami mencatakan masa hanya 15 minit. Pengalaman yang hebat dan sangat memenatkan bagi saya. Kayuhan kami tamat pada jam 5:30pm.

2 comments:

  1. Kos beskal? Basic complete beskal MTB jak dalam RM1500 bro. Semuanya depend dgn components such as jenis frame beskal, brek-gear, suspension & mcm-mcm agik lar. You berminat maok join ka bro?

    ReplyDelete