Thursday, August 6, 2009

Pada pagi hari Ahad 12 Julai 2009, kami telah membuat trip riding berbasikal ke Kpg Annah Rais-Kpg Sadir. Target kami adalah nak sampai ke waterfall Skedu. Untuk pergi ke Kpg Annah Rais kami terpaksa memandu sejauh kira-kira 60KM dari badaraya Kuching. Perkampungan ini terletak berhampiran dengan pergunungan Puncak Borneo, tempat yang cantek dengan kawasan pergunugannya. Riding kat Kpg Sadir sangat mencabar juga sebab on da way pegi sana kita perlu melalui banyak bukit...tidak semuanya mudah didaki. Si Sudiman mengetuai kayuhan kami dengan di dahului oleh si Oma & Mas. Yang lain-lain nye termasuk saya tertinggal jauh di blakang. Ada di kalangan kami yg saling cabar-mencabar untuk berkayuh mendaki bukit. Sampai saja di Kpg Sadir, kami terus bertanyakan arah ke air terjun "Skedu". Jalan ke air terjun mudah dijejaki dengan beskal MTB sebab jalannya sudah simen. Dari jaoh kelihatan budak2 kampung bermain-main dekat air terjun. Kami pun meredamkan diri sambil makan makanan yang ada...makan pisang sama kueh pau kacang... Airnya yg amat sejuk dan menyegarkan tubuh badan yg sebentar tadi penuh keletihan. Kira-kira jam 3:30 ptg kami bertolak dari kampung Sadir. Sambil berkayuh pulang kami masing-masing berlumba sesama sendiri. Syoknye berkayuh balik dengan menuruni kawasan bukit-bukit...

No comments:

Post a Comment