Thursday, August 6, 2009

Riding kat Kpg. Keranji, Lundu

Seperti yang telah seminggu kami rancangkan, akhirnya plan nak pegi riding di area Lundu kesampaian juga. Pada tarikh 2hb Ogos 2009, kami telah pergi MTB riding ke perkampungan di area Lundu iaitu bermula di Kpg. Keranji. Terasa letih juga nak drive dari Kuching ke Lundu, kira-kira memandu lebih 70KM. Kami terdiri dari 2 team iaitu team Sudiman & team Leslie GT, berjumlah 12 orang kesemuanya mountain bikers. Dalam jam 10:45am kami memulakan kayuhan dari Kpg. Keranji. Permulaan kayuhan ON Road adalah kira-kira 3KM, selepas itu baru masok Off Road yang berjarak lebih dari 20KM. Kali ini riding trip kami terdiri dari riders yang hebat-hebat belaka, di ketuai oleh si Sudiman yang menggunakan MTB jenis " Giant Anthem". Riding trip ini begitu best sebab melalui off-road balak yang tidak menentu rupa jalanya. Panasnya hari sangat menggigit ditambah pula dengan sebaran jerebu-jerebu. Kayuhan kami banyak kali menemui laluan trek yang tidak pernah rata. Bahagian yang paling best adalah setelah memasuki single trek.
Di pertengahan jalan juga si Nick bocor tayarnya, tidak pernah risau bro sebab mekanik banyak yang membantu.

No comments:

Post a Comment