Friday, October 30, 2009

Super Sunday kat Kpg. Padang Pan, Daerah Bau (25.10.2009)

Super Sunday (25.10.2009) yang dinantikan akhirnya telah tiba. Rancangan untuk pegi riding ke Kampung Padang Pan yang terletak di daerah Bau pun tercapai. Semua geng-geng MTB telah berjanji untukbertemu di Kampung Padang Pan jam 13:30pm. Ah Beng & gengnya adalah team pertama yang tiba & disusuli oleh riders yang lain. Sambil menunggu yang lain tiba, kami pun masing2 memasangkan mountain bike serta menyediakan apa yang patut. Riders kali ini terdiri daripada 17 orang. Team pertama diketuai oleh si Sudirman dan team yang kedua diketuai oleh Leslie dan Ah Beng. Wajah Sudirman & Oma kelihatan bersemangat sekali kerana ini merupakan riding pertama mereka di trek Padang Pan. Si Ade juga tiada kurang gembiranya, maklumlah nak "test" beskal MTB Giant Reign full-suss yang terbarunya. Si Bab juga sibuk memasang "Proton T-Bolt" terbarunya... Kali ini banyak 'utai' yang baru-baru. Kasiem, Hatta, Anderson, Robert...itulah wajah-wajah feveret yang sudah 'masak' dengan laluan kat Padang Pan ini.

Ada lewat sedikit. Riding start pada jam 14:45pm. Riding diketuai oleh si Ah Beng kat depan & Leslie menjadi sweeper kat belakang. Semua wajah riders kelihatan begitu gembira & ceria sekali. Belum pun lama riding kat off road, si Bab terpaksa menarik diri sebab beskal mtbnya mengalami kerosakan. Kesian ko si Bab... Riders yang lain tetap meneruskan riding. Itulah lumrah berbasikal hutan, macam-macam boleh jadi...apa-apa boleh kurang, apa-apa pun boleh lebih!

Laluan di Padang Pan lebih kepada laluan yang berbukit-bukit dan amat sesuai kepada yang ingin menguji ketahanan stamina serta skill teknikal. Riding melalui beberapa anak sungai kecil. Setelah sampai di kaki bukit, masing-masing kami terpaksa menyorong basikal untuk naik ke atas bukit yang dianggarkan berjarak 500 meter. Adi merupakan rider yang paling akhir sekali untuk samapai ke point pertama di atas. Selepas itu, laluan diteruskan lagi dengan naik-turun bukit yang agak tinggi. Kesemua kami berkumpul di point kedua sebelum meneruskan riding lagi. Pada petang 15:45pm, hujan turun renyai-renyai dan menyergarkan kembali tubuh yang letih-lesu. Riding diteruskan lagi yang diketuai oleh si Ah Beng yang berbekalkan "Stumpjumper"nya. Tubuhnya yang agak 'big size' tapi siapa menyangka nyawa kayuhannya juga 'power giler'...Itulah si Ah Beng.

Riders kami juga tidak lari dari mengalami beberapa masalah terknikal termasuk 3 kali pancit tayar & si Mas terputus 'hanger' rear derailuernya. Sebagai bantuan, si Sudirman jugalah yang menjadi 'mekanik' untuk melakukan repair. Bahagian yang bestnya kat Padang Pan adalah ketika melakukan downhill yang agak merbahaya di mana 'confident' dan teknikal skill yang tinggi di perlukan di sini. Perlu berhati-hati...

Riding kami kali ini tamat pada jam 18:30pm...lewat selesai sebab banyak masalah teknikal yang dialami ketika riding termasuk 'pancit nyawa'... Apa-apa pun, thanks kepada semua riders yang terlibat serta Leslie dan geng-geng MTBnya. Jumpa lagi pada riding yang akan datang!

Thursday, October 15, 2009

Foto Pilihan Minggu Ini...

Where is it?
Kampung Stungkor, daerah Bau

Saya & riders yang lain sedang menyeberangi sungai untuk pergi ke seberang. Trail ini merupakan trail yang lebih kepada jalan kelapa sawit. Riding yang sangat menyakitkan & mencabar stamina, dah lar cuaca terlalu panas, jauh juak agik...

Wednesday, October 14, 2009

Riders Pilihan: Oct 2009

Where is it?
Sungai Cina, Matang

Riders:
Ben, Kamel & Saya sendiri

25/02/2007. Berehat sambil melepak'kan diri. Riding on road ini kami lakukan sekadar mahu melepaskan 'gian' berbasikal. Maklum laa masing-masing kami busy ngan kerja. Riding ini bermula dari car-park di Jambatan Merah ke Kampung Telaga Air, Matang. Laluannya sangat meletihkan kerana jalan rayanya yang berbukit + hari yang terlalu panas + stamina pun cukup-cukup jak. Cair-cair kita tok...

Sunday, October 4, 2009

Riding kat Kpg. Entingan, Samarahan (04.10.2009)

Ini merupakan riding off-road kami yang pertama setelah lebih satu bulan berehat tanpa melakukan sebarang aktiviti MTB. Riders kali ini hanyalah kami bertiga: Sudiman "Rubar", Oma "Giant Rincon" serta saya sendiri "JBC XCpro". Riding ini bermula dari Kampung Entingan ke Pasar Siburan (Batu 17). Trail ini juga adalah yang pertama kali kami lalui dan ianya lebih kepada status "nak survei trail baru". Kayuhan basikal kami dimulakan agak lewat disebabkan oleh beberapa masalah teknikal yang dialami, bermula jam 15:30pm. Cuaca kelihatan agak terlalu panas.

Laluan ini agak lengkap juga sebab ada on-road + offroad. Pada permulaan laluan adalah on-road, kami melintasi perkampungan Entingan dan terus ke Kampung Nangka. Laluan off-road bermula dari kampung ini dengan melintasi kebun-kebun. Tidak banyak masalah teknikal yang dihadapi sepanjang melalui off-road di sini sebab ianya agak mudah. Off-roadnya lebih kepada tanah kuning dengan sedikit bebatu halus. Habis sahaja laluan offroad, kami menemui on-road. On road yang menarik sebab laluannya agak lurus, rata serta tidak banyak kenderaan bermotor yang melaluinya. Sekali sekala kami berlumba sesama sendiri untuk memenuhi kepuasan masing-masing.

Di penghujungnya, kami menuju ke pasar Siburan untuk membeli air minuman sebagai bekal dalam perjalanan pulang nanti. Kami tidak melakukan "one loop" sebab wajah hari sudah kelihatan hendak hujan dan kami mengambil keputusan untuk berpatah balik menggunakan laluan yang sama. Sudiman terus pecut & jauh meninggalkan saya & Oma. Dalam kayuhan untuk sampai balik ke kampung Entingan, hujan lebat mulai turun. Saya & Oma berhujan, hujan lebat cukup untuk menbersihkan tayar basikal MTB yang kotor. Sekali-sekala main hujan tok best juak rasanya. Tiba kembali di Starting point pada jam 17:30pm.

Special thanks to Sudiman & wife sebab menjadi penaja catering buat saya & Oma. Hidangan yang disediakan agak lengkap serta mengenyangkan. Aik oren sunkist + aik melo panas + buah melon + pau kacang kecik...Thanks a lot bro..