Sunday, October 4, 2009

Riding kat Kpg. Entingan, Samarahan (04.10.2009)

Ini merupakan riding off-road kami yang pertama setelah lebih satu bulan berehat tanpa melakukan sebarang aktiviti MTB. Riders kali ini hanyalah kami bertiga: Sudiman "Rubar", Oma "Giant Rincon" serta saya sendiri "JBC XCpro". Riding ini bermula dari Kampung Entingan ke Pasar Siburan (Batu 17). Trail ini juga adalah yang pertama kali kami lalui dan ianya lebih kepada status "nak survei trail baru". Kayuhan basikal kami dimulakan agak lewat disebabkan oleh beberapa masalah teknikal yang dialami, bermula jam 15:30pm. Cuaca kelihatan agak terlalu panas.

Laluan ini agak lengkap juga sebab ada on-road + offroad. Pada permulaan laluan adalah on-road, kami melintasi perkampungan Entingan dan terus ke Kampung Nangka. Laluan off-road bermula dari kampung ini dengan melintasi kebun-kebun. Tidak banyak masalah teknikal yang dihadapi sepanjang melalui off-road di sini sebab ianya agak mudah. Off-roadnya lebih kepada tanah kuning dengan sedikit bebatu halus. Habis sahaja laluan offroad, kami menemui on-road. On road yang menarik sebab laluannya agak lurus, rata serta tidak banyak kenderaan bermotor yang melaluinya. Sekali sekala kami berlumba sesama sendiri untuk memenuhi kepuasan masing-masing.

Di penghujungnya, kami menuju ke pasar Siburan untuk membeli air minuman sebagai bekal dalam perjalanan pulang nanti. Kami tidak melakukan "one loop" sebab wajah hari sudah kelihatan hendak hujan dan kami mengambil keputusan untuk berpatah balik menggunakan laluan yang sama. Sudiman terus pecut & jauh meninggalkan saya & Oma. Dalam kayuhan untuk sampai balik ke kampung Entingan, hujan lebat mulai turun. Saya & Oma berhujan, hujan lebat cukup untuk menbersihkan tayar basikal MTB yang kotor. Sekali-sekala main hujan tok best juak rasanya. Tiba kembali di Starting point pada jam 17:30pm.

Special thanks to Sudiman & wife sebab menjadi penaja catering buat saya & Oma. Hidangan yang disediakan agak lengkap serta mengenyangkan. Aik oren sunkist + aik melo panas + buah melon + pau kacang kecik...Thanks a lot bro..

No comments:

Post a Comment