Monday, June 21, 2010

Road Bike Event: Kuching Cycling Competition 2010


" Program I Luv Kuching (Local Agenda 21) "

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan menganjurkan aktiviti Pertandingan Berbasikal sempena program I Luv Kuching pada sabtu 26.6.2010 bertempat di Esplanade Kuching, Jalan Gambier nanti. Pertandingan berbasikal ini terdiri daripada dua kategori iaitu Kategori Lelaki Terbuka dan Perempuan Terbuka serta Kategori Junior Lelaki dan Kategori Junior Perempuan.

Penyertaan terbuka kepada semua wargakota Kuching namun penyertaan DITUTUP kepada wargakota yang pernah menjuarai Pertandingan Berbasikal diperingkat negeri dan kebangsaan. Satu taklimat akan diadakan pada khamis 24.6.2010 pada jam 2:30pm bertempat di Auditorium DBKU, Bukit Siol, Kuching. Tarikh tutup penyertaan adalah pada petang 25.6.2010 jam 5pm.

*sumber: http://www.dbku.gov.my




1 comment:

  1. stedey u pok. nice blog! patut u fit, kecuali bila main bol dlm ujan padang licak jak u ada kurang pit sikit hihi

    ReplyDelete