Sunday, January 31, 2010

Giant Rincon XC


Sapa Punya MTB hardtail?
Oma

Bike's Description:
Frame:Giant Rincon XC Aluxx 6000, Size:S, Fork:Epicon Air 120mm, Handle Bar:ABR Light Alu, Shifters:SRAM X5, Front Derailleur:Shinamo SIS, Rear Derailleur:SRAM X9, Cassette: SRAM, Stem:Truvativ Team, Seat:Fuji, Crankset:Shimano Deore, Chain:Shimano, Paddle: Specialized, Wheels:Continental Speed King 2.1, Rims: Element D1

2010 Latest Upgrade:
Truvativ GXP Firex crankset, Front Derailleur: SRAM X9

Monday, December 28, 2009

GIANT Full-Suss Frame for Sale!

Apa crita tok?
Frame Giant Anthem X3 bersaiz S (15"), kaler itam-puteh tok adalah untuk dijual. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi tuan empunya beskal iaitu Encik Sudirman 019-8065748. Status frame 2nd hand, 8/10.

Brapa Rega?
RM2000.00 (Frame only)

Status?
So sori bro, frame tok SUDAH DIJUAL

Wednesday, December 16, 2009

Pengumuman...

Apa kes tok?
Kepada semua pembaca laman basikalhutan.blogspot ini, di kesempatan ini saya ingin mintak maap bebanyak serta madah ngan semua pembaca bahawa buat masa tok blom ada crita & gambar terbaru mengenai aktiviti mtb saya sebab saya sendiri terpaksa berehat dalam tempoh sebulan dua ini di atas masalah yang sukar dielakkan. Apa-apa pun, saya bersama geng-geng mtb yang lain akan bakal beraksi next year! Jumpa nanti di taun 2010...berharap kelak semuanya akan menjadi lebih bertuah, hebat, padat dan sensasi...see ya all !!! HEPI NEW YEAR 2010!

Tuesday, December 8, 2009

MTB Terbaru Milik En. Teguh

MTB Hardtail?
MarsStar Dominoes, Size S

Sapa Punya?
MTB terbaru ini adalah milik Encik Teguh Y. Pratiknyo, salah seorang teman yang berasal dari Jawa, Indonesia. Beliau merupakan peminat baru sukan mountain biking. Moga titik permulaan ini akan membawa beliau lebih jauh lagi untuk mengenali sukan "mountain bike". Just get readi jak dengan peralatan yang selengkapnya! Tidak mengapa bro, sudah menjadi tradisi rider mtb baru yang akan bermula dengan sikap/mtb low profile. Bila dah betul-betul mengenali dunia mtb, everthing will change. Welcome to the world of mountain bike...

Wednesday, November 25, 2009

En. Khairul & MTB hardtail terbarunya...

MTB hardtail?
Raleigh Enduro Trailride

Sapa Punya?
Mountain Bike terbaru ini adalah milik Encik Khairul Ley. Beliau adalah bekas 'kaki MTB' dan merupakan kenalan MTB terbaru. Beliau lebih menumpukan kepada "on road riding". Raleigh Enduro kaler putih yang bersaiz 16" ini adalah koleksi terbaru brand Raleigh dengan kelasnya yang tersendiri, bentuk/design frame yang 'stedey' serta kombinasi kaler yang amat menarik. Kacak kaler beskal kitak bro, tambah ngan rim kaler puteh agik. Wow...!

Thursday, November 19, 2009

Dlm kenangan... Pueh Outdoor Challenge 2004




Apa event?

Pueh Outdoor Challenge 2004

Team members?
Nick, Felix, Ben & saya sendiri

Melibatkan diri dalam pertandingan Pueh Outdoor Challenge 2004 kat Kpg. Pueh, Sematan. Pertandingan ini terdiri daripada 3 disiplin: Jungle Trekking, Mountain Biking & Kayaking. Ketiga-tiga disiplin ini mesti lengkap/selesai. Pertandingan yang cukup mencabar serta sangat meletihkan. Game start: 7:00am, Game abis: 5:00pm.

Monday, November 16, 2009

Thought for life...

" Don't compare your life to others,
You have no idea
what their journey is all about... "


author: unknown